Malaysia legislation

Section 48

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 48

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan jika pegawai itu telah

(a)

menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;

(b)

membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 20(1)(b) dan subperaturan 20(2);

(c)

gagal mematuhi kehendak dalam subperaturan 20(3); atau

(d)

meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya.

(2)

Bagi maksud menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai di bawah perenggan

(1)

(a)

,

Ketua

Jabatan boleh mengarahkan pegawai itu menjalani pemeriksaan kesihatan semula atau Ketua Jabatan boleh mendapatkan maklumat kesihatan pegawai itu melalui kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.

Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal tapisan keselamatan

Section 48 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012