Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 4
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“kenaikan pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat;
“Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya, dan sesuatu jabatan itu termasuklah―
(a)
sesuatu Kementerian;
P.U. (A) 1 9
(b)
sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan;
(c)
sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan
(d)
mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
“Ketua Perkhidmatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam sebagai Ketua Perkhidmatan;
“lantikan terus” ertinya pelantikan di gred naik pangkat dalam sesuatu skim perkhidmatan;
“Lembaga Kenaikan Pangkat” ertinya Suruhanjaya, mana-mana orang atau apa-apa Lembaga Kenaikan Pangkat sebagaimana yang diberi kuasa mengikut undang-undang untuk menaikkan pangkat seseorang pegawai;
“pegawai” ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak;
“pelantikan” ertinya pelantikan ke dalam perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak, termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan;
“pemangkuan” berhubung dengan pegawai, ertinya pelaksanaan tugas secara sepenuh masa suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki
P.U. (A) 1 10
pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama, dengan kelulusan
Lembaga Kenaikan Pangkat;
“peminjaman” ertinya pelantikan seseorang pegawai di bawah―
(a)
angkatan tentera;
(b)
perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c)
perkhidmatan awam am persekutuan;
(d)
pasukan polis; atau
(e)
perkhidmatan pelajaran, menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan awam
Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya, termasuklah pelantikan pegawai di bawah perkhidmatan bersama yang disebut dalam
Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia;
“penanggungan kerja” berhubung dengan pegawai, ertinya pelaksanaan tugas, di samping tugasnya sendiri bagi suatu tempoh yang dinyatakan, suatu jawatan lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50], sama ada pegawai perubatan kerajaan atau swasta;
P.U. (A) 1 11
“perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan awam Persekutuan, iaitu perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pelajaran menurut Fasal (1) Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan;
“pertukaran sementara”
ertinya pelantikan seseorang pegawai ke perkhidmatan yang lain di bawah―
(a)
angkatan tentera;
(b)
perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c)
perkhidmatan awam am persekutuan;
(d)
pasukan polis; atau
(e)
perkhidmatan pelajaran, menurut
Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan atau pelantikan seseorang pegawai ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah pihak berkuasa melantik yang sama untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya;
“Suruhanjaya”
ertinya
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Awam,
Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis atau
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (A) 1 12