Malaysia legislation
Section 63
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 63
(1)
Tiada apa-apa jua pun dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menyentuh kesahan dan kuat kuasa apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Perintah Am dan peraturan-peraturan terdahulu, dan keputusan itu hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak konsisten atau bertentangan dengan apa-apa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Semua perkara dan prosiding yang masih belum selesai di hadapan mana-mana Suruhanjaya sebelum berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P. U. (A) 176/2005] seolah-olah Peraturan-Peraturan itu tidak dibatalkan.
(3)
Apa-apa panduan yang telah dikeluarkan sebelum berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus terpakai selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 1 43
(4)
Pegawai dalam tempoh percubaan boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, tertakluk kepada pegawai itu telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama enam bulan atau lebih dan memenuhi semua syarat pengesahan selain syarat tempoh percubaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan sebelum Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa.
(5)
Pegawai dalam tempoh percubaan yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua puluh empat bulan atau lebih tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini dibenarkan menghabiskan baki tempoh percubaan asal mengikut skim perkhidmatan sebelum
Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa atau baki tempoh percubaan yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya dan pegawai itu boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
Pembatalan