Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 8

Pelantikan semula seseorang yang dikehendaki bersara

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), seseorang yang dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam.

P.U. (A) 1 13

(2)

Dalam peraturan ini, “dikehendaki bersara” ertinya persaraan atas sebab kesihatan, persaraan kerana dilantik memasuki pertubuhan atau persaraan atas keputusan Kerajaan mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa.

(3)

Seseorang yang telah dibersarakan dari perkhidmatan awam atas sebab kesihatan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam jika dia disahkan sihat dari segi perubatan dan berkeupayaan melaksanakan tugas dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Suruhanjaya.

(4)

Bagi maksud subperaturan (3), panel perubatan itu hendaklah terdiri tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar yang salah seorang daripada mereka ialah pakar dalam penyakit yang pernah dihidapi oleh pesara itu.

Pelantikan semula seseorang yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012