Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 5

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 44 dengan peraturan yang berikut:

“44.

(1)

Gaji permulaan bagi seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah pada amaun gaji yang lebih tinggi daripada amaun gaji akhir di gred terdahulu.

P.U. (A) 163 4

(2)

Bagi menetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat, gaji akhir di gred terdahulu pegawai hendaklah ditambah dengan suatu kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat atau kenaikan gaji tahunan terakhir diterima di gred terdahulu, mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya. Sekiranya selepas penambahan amaun gaji adalah lebih rendah daripada gaji minimum di gred kenaikan pangkat, maka gaji permulaan kenaikan pangkat pegawai hendaklah ditetapkan pada gaji minimum di gred kenaikan pangkat.

(3)

Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat sebelum atau sama dengan tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.”.

Dibuat 4 April 2017

[JPA(S)223/8/1; PN(PU2)171/XXIV]

Dengan Titah Perintah

TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

Setiausaha Kabinet

P.U. (A) 163 5

FEDERAL CONSTITUTION

PUBLIC OFFICERS (APPOINTMENT, PROMOTION AND TERMINATION OF SERVICE)

(AMENDMENT) REGULATIONS 2017

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) (PINDAAN) 2017