Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FI) (PEREMITAN FI) 2016

Seksyen 2

(1)

Fi bagi visa yang kena dibayar di bawah perenggan B Jadual Perintah

Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Fi) (No.3) 1962 [F.L.N. 239/1962]

bagi butiran Republik Rakyat China diremitkan satu ratus peratus.

(2)

Peremitan fi di bawah subperaturan (1) hendaklah hanya terpakai bagi pelancong yang merupakan warganegara Republik Rakyat China yang datang ke Malaysia bagi maksud lawatan sosial, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(a)

kategori pelancong adalah seperti yang berikut:

(i)

pelancong individu;

(ii)

pelancong berkumpulan; atau 3

(iii)

apa-apa kategori lain yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah

Imigresen; dan

(b)

dibenarkan tinggal di Malaysia bagi tempoh tiga puluh hari bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh.

Dibuat 29 Februari 2016

[KDN(S): IM 03/208/4 JLD. 3; PN(PU2)86/XIX]

Dengan Titah Perintah

TAN SRI DR ALI BIN HAMSA

Setiausaha Jemaah Menteri

4

DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES) ACT 1959

DIPLOMATIC AND CONSULAR OFFICERS (OATHS AND FEES)

(REMISSION OF FEES) REGULATIONS 2016

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI DIPLOMAT DAN KONSUL (SUMPAH DAN FI) (PEREMITAN FI) 2016