Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2026

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetujui terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu kepada atau atas nama Ketua Pengarah melalui—

(a)

kiriman wang, arahan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” diserahkan secara sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar seperti alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua; atau

(b)

apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik ke dalam akaun rasmi Jabatan atau Pertubuhan yang disebut dalam Borang 2

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PEKERJA GIG (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2026