Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN)(PINDAAN) 2015
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989
[P.U. (A) 58/1989], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
(a)
dengan menggantikan takrif “Pihak Berkuasa Yang Berkenaan” dengan takrif yang berikut:
‘ “Pihak Berkuasa Yang Berkenaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia untuk meluluskan pecah bahagian tanah, pecah bahagian bangunan, pelan-pelan bangunan, pengeluaran dokumen hakmilik dan menguatkuasakan mana-mana undang-undang lain dan termasuklah mana-mana perbadanan, syarikat atau agensi persendirian yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Yang
Berkenaan untuk mengadakan perkhidmatan air, elektrik, telekomunikasi, pembetungan dan perkhidmatan lain yang berkaitan;’; dan
P.U. (A) 106 3
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “petak” takrif yang berikut:
‘ “Petak Tanah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Hakmilik Strata 1985;’.
Pindaan peraturan 4