Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA AHLI PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA, CAWANGAN SARAWAK) 2014

Seksyen 2

Penepian fi

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), fi yang ditetapkan dalam butiran 3(a)(ii) Jadual kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan (Fi dan Caj) 2006 [P.U. (A) 409/2006] diketepikan berkenaan dengan seseorang ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Cawangan Sarawak yang memohon bagi pengiktirafan pencapaian kemahiran terdahulu yang membawa kepada anugerah Sijil Kemahiran Malaysia.

(2)

Penepian fi di bawah subperaturan (1) terpakai bagi permohonan pengiktirafan pencapaian kemahiran terdahulu yang dibuat dalam tempoh tiga tahun mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2017 berhubung dengan bidang urut terapi yang memenuhi kehendak Standard berkaitan.

Dibuat 16 Disember 2014

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/11/16/1; PN(PU2)655/III]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 337 3

NATIONAL SKILLS DEVELOPMENT ACT 2006

NATIONAL SKILLS DEVELOPMENT (WAIVER OF FEE TO MEMBER OF SOCIETY OF THE

BLIND IN MALAYSIA, SARAWAK BRANCH) REGULATIONS 2014