Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS) 2025

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), fi yang ditetapkan dalam butiran 1(a)(i) Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 86/2016] diketepikan berkenaan dengan seseorang yang berdaftar sebagai murid berkeperluan khas dengan Bahagian Pendidikan

Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(2)

Penepian fi di bawah subperaturan (1) terpakai bagi permohonan pengiktirafan kemahiran yang dibuat dalam tempoh tiga tahun dari 14 April 2025

hingga 13 April 2028.

Dibuat 10 April 2025

[KSM.PUU(S)600-1/2/16/1 JLD.5(6); PN(PU2)655/JLD.7]

SIM CHEE KEONG

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 114 3

NATIONAL SKILLS DEVELOPMENT ACT 2006

NATIONAL SKILLS DEVELOPMENT

(WAIVER OF FEE TO STUDENT WITH SPECIAL NEEDS) REGULATIONS 2025

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENEPIAN FI KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS) 2025