Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020

Seksyen 3

(1)

Apabila menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang PKK(K) 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

P.U. (A) 184 3

Penyetujuterimaan kompaun

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020