Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Pemegang lesen hendaklah menyediakan dan mengemukakan suatu pelan pengurusan keselamatan kepada Penolong Pengarah untuk kelulusannya, dalam masa enam bulan dari bermulanya apa-apa kerja pembangunan dalam suatu lombong, atau tiga bulan dari bermulanya penjelajahan.
(2)
Pelan pengurusan keselamatan hendaklah disediakan oleh seorang perunding yang adalah seorang jurutera profesional perlombongan atau sumber mineral yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(3)
Pelan pengurusan keselamatan hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
pengenalpastian kawasan, bahan dan aktiviti bermudarat dan penilaian tahap risiko yang timbul daripada mudarat itu;
(b)
langkah-langkah pengurangan untuk mengawal risiko yang disebut dalam perenggan (a);
5
(c)
program latihan keselamatan;
(d)
tatacara keselamatan apabila kemalangan berlaku dan kekinian pengemukaan laporan;
(e)
tatacara tindak balas kecemasan yang hendaklah termasuk yang berikut:
(i)
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kestabilan muka lombong, bukaan, longgokan buangan dan pembendungan hampas;
(ii)
bagi pengorekan luar pesisir, langkah-langkah pencegahan yang berhubungan dengan kelajuan angin, arus laut dan ketinggian gelombang;
(iii)
peruntukan yang sewajarnya mengenai kemudahan, kelengkapan dan sistem amaran keselamatan;
(iv)
pembentukan pasukan penyelamat lombong; dan
(v)
cara memaklumkan pihak berkuasa yang berkenaan jika berlaku apa-apa kecemasan; dan
(f)
apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Penolong
Pengarah secara bertulis.
(4)
Penolong Pengarah hendaklah dalam masa tiga puluh hari memutuskan sama ada untuk meluluskan atau menolak pelan pengurusan keselamatan itu dan memberitahu keputusannya secara bertulis.
6
(5)
Pemegang lesen boleh mengemukakan kepada Penolong Pengarah untuk kelulusan suatu ubah suaian pada pelan pengurusan keselamatan yang telah diluluskan oleh Penolong Pengarah di bawah subperaturan (4).
(6)
Jika Penolong Pengarah menolak pelan pengurusan keselamatan itu atau ubah suaian pelan itu, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen secara bertulis tentang keputusannya.
(7)
Selepas diberitahu tentang keputusan itu, pemegang lesen boleh, dalam masa tiga puluh hari, mengemukakan suatu pindaan pelan pengurusan keselamatan untuk kelulusan Penolong Pengarah.
(8)
Mana-mana pemegang lesen yang terkilan dengan keputusan Penolong
Pengarah di bawah peraturan ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh diberitahu tentang penolakan itu, merayu secara bertulis kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.
(9)
Pemegang lesen hendaklah mematuhi dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan mengikut pelan pengurusan keselamatan yang diluluskan.
(10)
Seorang pemegang lesen yang tidak mengemukakan pelan pengurusan keselamatan atau tidak mematuhi pelan pengurusan keselamatan yang diluluskan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kajian semula pelan pengurusan keselamatan