Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (KESELAMATAN SEMASA PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN PERMUKAAN) 2014

Seksyen 9

(1)

Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa timbunan simpanan bahan peroi―

(a)

diperiksa secara tetap oleh seorang yang kompeten untuk mengesan apa-apa keadaan bermudarat;

(b)

dijadikan selamat sebelum seseorang pekerja dibenarkan untuk bekerja dekat dengan atau di bahagian atas timbunan simpanan itu;

dan

(c)

dilonggokkan atau disusun dengan sedemikian cara untuk mencegah pergerakan atau runtuhan yang tidak sengaja.

(2)

Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa sebelum seseorang pekerja memasuki suatu struktur, semua bekalan bahan ke dalamnya atau pemindahan bahan darinya hendaklah dihentikan.

(3)

Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semasa bekerja di bahagian atas bahan peroi dalam suatu struktur—

14

(a)

pekerja hendaklah memakai sistem penahan jatuh; dan

(b)

sekurang-kurangnya seorang pekerja yang lain, yang dilengkapi dengan penggera yang sesuai sentiasa berada di luar struktur itu.

(4)

Dalam peraturan ini, “struktur” ertinya silo, tong, corong tuang atau bekas lain yang digunakan sebagai bekas bahan peroi.

Kewajipan tentang keselamatan dalam menguruskan bahan lebur

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (KESELAMATAN SEMASA PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN PERMUKAAN) 2014