Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016

Seksyen 16

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), Pengarah, berhubung dengan lesen yang dikeluarkan di bawah subperaturan 8(1), atau Penolong Pengarah, berhubung dengan lesen yang dikeluarkan di bawah subperaturan 8(2), boleh membatalkan suatu lesen, jika Pengarah atau Penolong Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa—

(a)

pemegang lesen telah melanggar mana-mana syarat yang dinyatakan dalam lesen;

(b)

pemegang lesen telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta;

(c)

pemegang lesen telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini;

P.U. (A) 337 13

(d)

pemegang lesen telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini; atau

(e)

pemberian lesen disebabkan oleh representasi fakta yang palsu oleh atau bagi pihak pemegang lesen itu.

(2)

Pengarah atau

Penolong

Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh membatalkan lesen melainkan jika dia berpuas hati, selepas memberikan pemegang lesen suatu peluang untuk membuat representasi secara bertulis, bahawa lesen itu patut dibatalkan.

(3)

Jika suatu lesen dibatalkan di bawah subperaturan (1), Pengarah atau

Penolong Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengeluarkan notis secara bertulis kepada pemegang lesen.

Mempamerkan atau menunjukkan lesen

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016