Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pelan pengurusan penyimpanan yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini ialah suatu pelan pengurusan yang diperakukan oleh seorang perunding yang mengandungi―
(a)
butir-butir pemohon;
P.U. (A) 337 4
(b)
kelulusan pihak berkuasa berkaitan untuk menggunakan tanah bagi maksud aktiviti penyimpanan mineral;
(c)
apa-apa dokumen yang membuktikan hak untuk menggunakan tanah bagi maksud aktiviti penyimpanan mineral;
(d)
suatu pelan susun atur kawasan penyimpanan mineral berserta dengan perincian kawasan itu;
(e)
maklumat berhubung dengan langkah-langkah keselamatan yang dicadangkan untuk diambil pada masa pengendalian mineral;
(f)
maklumat berhubung dengan langkah-langkah perlindungan alam sekeliling termasuk maklumat berhubung dengan kawalan dan mitigasi pencemaran, rancangan pemantauan dan rancangan luar jangkaan, jika berkenaan;
(g)
maklumat berhubung dengan pengendalian sisa pepejal, pembuangan efluen atau pelepasan gas; dan
(h)
suatu rancangan selepas pemberhentian aktiviti penyimpanan mineral, jika berkenaan.
Skim pemprosesan mineral