Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016

Seksyen 9

(1)

Seorang pemegang lesen mineral atau lesen memproses mineral boleh memohon untuk memperbaharui lesen itu kepada Pengarah mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah berserta dengan pembayaran fi pembaharuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Suatu permohonan untuk memperbaharui lesen hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh lesen itu.

(3)

Mana-mana permohonan memperbaharui lesen yang diterima kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh lesen hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi pembaharuan dan fi pembaharuan lewat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(4)

Mana-mana permohonan untuk pembaharuan yang dikemukakan selepas tamat tempoh lesen tidak boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.

(5)

Jika Pengarah memutuskan untuk membaharui lesen di bawah subperaturan (1) atau (3), pemohon hendaklah membayar fi pengeluaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual kepada Pengarah sebelum suatu lesen dibaharui.

Perubahan butir-butir

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELESENAN) 2016