Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN) 2022
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“daftar” ertinya suatu daftar yang disenggara dan disimpan oleh Setiausaha bagi maksud Peraturan-Peraturan ini;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI Akta;
“pemohon” ertinya anggota suatu badan sukan atau badan sukan yang merujuk pertikaian kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan di bawah seksyen 24 Akta;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Sukan yang dilantik di bawah perenggan 28(1)(a) Akta;
“responden” ertinya anggota badan sukan atau badan sukan yang dinamakan sebagai pihak yang satu lagi oleh pemohon dalam rujukan pertikaian;
P.U. (A) 54 4
“Setiausaha” ertinya Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen 29(1) Akta termasuk mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah subseksyen 29(2) Akta.