Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN) 2022
Seksyen 7
(1)
Jika pemohon atau responden, setelah menerima notis pendengaran di bawah subperaturan 5(2), tidak dapat hadir pada pendengaran rujukan pertikaian melainkan dalam hal kecemasan, pemohon atau responden hendaklah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh pendengaran itu, memberikan suatu notis bertulis menyatakan sebab ketidakhadirannya kepada Jawatankuasa.
(2)
Apabila notis bertulis di bawah subperaturan (1) diterima, Jawatankuasa boleh menangguhkan atau meneruskan pendengaran itu jika difikirkan perlu atau patut oleh Jawatankuasa.
P.U. (A) 54 6
(3)
Jika tiada notis bertulis di bawah subperaturan 7(1) diberikan, dan—
(a)
pemohon tidak hadir dan responden hadir pada tarikh pendengaran, Jawatankuasa boleh, jika berpuas hati bahawa notis di bawah subperaturan 5(2) telah disampaikan—
(i)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain; atau
(ii)
tidak meneruskan pendengaran dan menolak rujukan pertikaian yang dimohon oleh pemohon itu;
(b)
pemohon hadir dan responden tidak hadir pada tarikh pendengaran, Jawatankuasa boleh, jika berpuas hati bahawa notis di bawah subperaturan 5(2) telah disampaikan—
(i)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain; atau
(ii)
meneruskan pendengaran itu dan membuat keputusan;
(c)
pemohon dan responden tidak hadir pada tarikh pendengaran,
Jawatankuasa boleh, jika berpuas hati bahawa notis di bawah subperaturan 5(2)
telah disampaikan, tidak meneruskan pendengaran dan menolak rujukan pertikaian itu.
(4)
Jawatankuasa tidak boleh mendengar pertikaian yang sama yang telah ditolak di bawah perenggan (3)(a) dan 3(c).
Ketidakhadiran mana-mana orang