Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2014

Seksyen 3

(1)

PTSKL hendaklah menyenggara daftar Panel Adjudikator PTSKL.

(2)

PTSKL boleh mengeluarkan nama dan butir-butir lain adjudikator daripada Panel Adjudikator PTSKL jika—

(a)

adjudikator itu membuat permohonan secara bertulis supaya namanya dikeluarkan daripada Panel Adjudikator PTSKL; atau

(b)

adjudikator itu terhenti daripada memenuhi piawaian kewibawaan dan kriteria sebagai adjudikator sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 4.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(b), PTSKL hendaklah memberitahu adjudikator sebelum nama dan butir-butir lain adjudikator itu dikeluarkan daripada

Panel Adjudikator PTSKL.

Piawaian kewibawaan dan kriteria adjudikator 4.

Piawaian kewibawaan dan kriteria seseorang adjudikator adalah seperti yang berikut:

(a)

adjudikator itu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tujuh tahun dalam industri pembangunan dan pembinaan di Malaysia atau apa-apa bidang lain yang diiktiraf oleh PTSKL;

(b)

adjudikator itu ialah pemegang Sijil Adjudikasi daripada suatu institusi yang diiktiraf oleh Menteri;

(c)

adjudikator itu bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan; dan

(d)

adjudikator itu tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah di dalam atau di luar Malaysia.

P.U. (A) 103 4

Pelantikan adjudikator 5.

(1)

Bagi maksud pelantikan seseorang adjudikator oleh pihak-pihak dalam pertikaian di bawah seksyen 22 Akta, pihak yang menuntut hendaklah memberitahu adjudikator yang hendak dilantik secara bertulis dan memberikannya suatu salinan notis adjudikasi.

(2)

Bagi maksud pelantikan seseorang adjudikator oleh Pengarah PTSKL di bawah seksyen 23 Akta, pihak-pihak dalam pertikaian hendaklah membuat permintaan bertulis kepada Pengarah PTSKL.

(3)

Apabila menerima permintaan bertulis di bawah subperaturan (2),

Pengarah PTSKL hendaklah melantik seorang adjudikator dalam masa lima hari bekerja dan hendaklah memberitahu pihak-pihak dalam pertikaian dan adjudikator secara bertulis.

(4)

Adjudikator yang dilantik—

(a)

oleh pihak-pihak dalam pertikaian di bawah seksyen 22 Akta; atau

(b)

oleh Pengarah PTSKL di bawah seksyen 23 Akta, hendaklah, pada masa penerimaan pelantikan, membuat suatu perisytiharan secara bertulis menurut seksyen 24 Akta dan mengemukakan perisytiharan itu kepada

Pengarah PTSKL.

(5)

Perisytiharan di bawah subperaturan (4) hendaklah menyatakan bahawa adjudikator itu tidak mempunyai percanggahan kepentingan berkenaan dengan pelantikannya.

(6)

Bagi maksud subperaturan (5), seseorang adjudikator mempunyai percanggahan kepentingan dalam pelantikannya untuk mengadjudikasi suatu pertikaian berkenaan dengan sesuatu kontrak pembinaan jika—

P.U. (A) 103 5

(a)

adjudikator itu ialah—

(i)

pekerja atau pekongsi mana-mana satu pihak dalam pertikaian; atau

(ii)

pengarah atau pemegang saham suatu perbadanan, jika pihak dalam pertikaian itu merupakan suatu perbadanan;

(b)

adjudikator itu ialah pekerja, pengarah, pekongsi atau pemegang saham suatu perbadanan yang dimiliki oleh mana-mana satu pihak dalam pertikaian itu;

(c)

mana-mana satu pihak dalam pertikaian itu merupakan anggota keluarga adjudikator itu; atau

(d)

adjudikator itu—

(i)

telah membantu mana-mana satu pihak dalam pertikaian itu untuk menyediakan apa-apa dokumen; atau

(ii)

telah memberikan mana-mana satu pihak dalam pertikaian itu apa-apa nasihat, berhubung dengan kontrak pembinaan itu.

(7)

Bagi maksud subperaturan (6)—

(a)

“perbadanan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965

[Akta 125];

P.U. (A) 103 6

(b)

“anggota keluarga adjudikator” termasuklah—

(i)

suami atau isterinya;

(ii)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(iii)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(iv)

adik-beradiknya

(termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(v)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya.

Fi standard PTSKL bagi perkhidmatan dan perbelanjaan adjudikator 6.

Fi standard PTSKL bagi perkhidmatan dan perbelanjaan adjudikator sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah terpakai jika pihak-pihak dalam pertikaian dan adjudikator tidak bersetuju dengan terma pelantikan dan fi adjudikator itu.

Kos prosiding adjudikasi 7.

Bagi maksud subseksyen 18(1) Akta, kuantum kos dalam prosiding adjudikasi yang perlu dibayar oleh mana-mana pihak kepada sesuatu pertikaian hendaklah ditentukan oleh seseorang adjudikator mengikut semua hal keadaan yang relevan termasuk—

(a)

kerumitan tuntutan atau perkara yang berbangkit daripada tuntutan dan kesulitan atau kebaharuan isu yang berhubungan dengan tuntutan itu;

P.U. (A) 103 7

(b)

kemahiran, pengetahuan dan tanggungjawab khusus, dan masa dan tenaga yang digunakan oleh, mana-mana pihak kepada pertikaian, perunding, pakar atau wakilnya;

(c)

penyediaan dokumen dalam prosiding adjudikasi itu; dan

(d)

amaun atau nilai tuntutan adjudikasi itu.

Fi dan perbelanjaan adjudikator 8.

(1)

Bagi maksud seksyen 19 Akta—

(a)

adjudikator yang dilantik di bawah subseksyen 19(1) atau (2) Akta hendaklah mengemukakan kepada Pengarah PTSKL sesalinan terma pelantikannya dan fi yang kena dibayar oleh pihak-pihak dalam pertikaian sebelum permulaan prosiding adjudikasi;

(b)

adjudikator itu hendaklah mengemukakan kepada Pengarah

PTSKL sesalinan arahannya kepada pihak-pihak dalam pertikaian untuk menyumbang dan mendeposit dengan Pengarah PTSKL suatu perkadaran fi terlebih dahulu sebagai jaminan termasuk tarikh bayaran yang perlu dibuat oleh pihak-pihak dalam pertikaian;

(c)

adjudikator itu hendaklah mengemukakan kepada Pengarah

PTSKL sesalinan arahannya kepada pihak-pihak dalam pertikaian untuk menghendaki bayaran penuh fi dan perbelanjaan yang kena dibayar termasuk tarikh bayaran yang perlu dibuat oleh pihak-pihak dalam pertikaian;

(d)

adjudikator itu boleh mengemukakan kepada Pengarah PTSKL sesalinan arahannya kepada pihak-pihak dalam pertikaian untuk membayar fi dan perbelanjaan jika pihak-pihak dalam pertikaian

P.U. (A) 103 8

tidak membuat apa-apa pembayaran dalam tempoh yang diarahkan oleh adjudikator itu;

(e)

adjudikator itu hendaklah memberikan keputusan adjudikasi kepada pihak-pihak dalam pertikaian setelah bayaran penuh fi dan perbelanjaan adjudikator didepositkan dengan Pengarah PTSKL oleh pihak-pihak dalam pertikaian;

(f)

adjudikator itu hendaklah memberikan dokumen dan maklumat lain yang berhubungan dengan fi dan perbelanjaan yang kena dibayar oleh pihak-pihak dalam pertikaian sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah PTSKL.

(2)

Pengarah PTSKL hendaklah—

(a)

membayar kepada adjudikator apa-apa fi dan perbelanjaan yang didepositkan oleh pihak-pihak dalam pertikaian setelah menerima sesalinan keputusan adjudikasi dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 12(2) Akta; dan

(b)

membayar balik kepada pihak-pihak dalam pertikaian apa-apa fi dan perbelanjaan yang berhubungan dengan adjudikasi jika adjudikator gagal untuk memutuskan pertikaian dalam tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen 12(2) Akta.

(3)

PTSKL hendaklah bertanggungjawab bagi semua pembayaran fi dan perbelanjaan yang didepositkan di bawah seksyen 19 Akta termasuk apa-apa faedah yang diperoleh daripada pembayaran itu dan faedah yang diperoleh itu hendaklah disimpan oleh PTSKL.

P.U. (A) 103 9

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2014