Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pemegang amanah hendaklah menyimpan dan menyenggara daftar pemunya benefisial yang mengandungi maklumat pemunya benefisial, sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik.
(2)
Daftar pemunya benefisial hendaklah mengandungi butir-butir dalam perenggan 2B(1)(a), (b), (c) dan (d) Akta dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
(3)
Daftar pemunya benefisial hendaklah dikemas kini oleh pemegang amanah dari semasa ke semasa dan apa-apa perubahan butir-butir dan maklumat pemunya benefisial hendaklah dikemukakan kepada Menteri dalam masa empat belas hari daripada tarikh perubahan butir-butir atau maklumat itu.
Pemberitahuan kepada
Menteri tentang pelantikan pemegang amanah yang baharu