Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PEMELIHARAAN KESELAMATAN AWAM (PINDAAN) 2024
Seksyen 6
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 5 dengan peraturan yang berikut:
“Penubuhan Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur 5.
(1)
Bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam, suatu jawatankuasa yang dinamakan “Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur” ditubuhkan.
(2)
Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Menteri;
(b)
Ketua Menteri Sabah; dan
(c)
tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan
Ketua Menteri Sabah.
(3)
Menteri dan
Ketua
Menteri
Sabah hendaklah menjadi
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur.
P.U. (A) 70 4
(4)
Menteri dan Ketua Menteri Sabah hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penyelarasan dan pelaksanaan fungsi dan aktiviti
Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur;
(b)
pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Jawatankuasa
Bersama Zon Selamat Sabah Timur; dan
(c)
perintah dan arahan kawalan operasi di Kawasan Timur
Sabah.
(5)
Jawatankuasa
Bersama
Zon
Selamat
Sabah
Timur boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang Jawatankuasa Bersama Zon Selamat
Sabah
Timur fikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu
Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur.
(6)
Jawatankuasa Bersama Zon Selamat Sabah Timur dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperaturan (5) boleh menentukan tatacaranya sendiri.”.
Pindaan peraturan 5A