Malaysia legislation

Section 15

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 15

Permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir hendaklah termasuk maklumat yang berikut:

(a)

nama dan butiran pemohon;

(b)

lokasi kemudahan suntikan yang dicadangkan;

(c)

bukti mengenai kecekapan teknikal pemohon;

(d)

bukti bahawa pemohon berkebolehan dari segi kewangan;

(e)

hasil proses ujian pencirian tapak bagi kompleks penyimpanan yang dicadangkan, termasuk lokasi dan takat kawasan tapak penyimpanan itu;

(f)

model tapak yang dibangunkan daripada hasil proses ujian pencirian tapak, termasuk penilaian sekuriti dan keselamatan yang dijangka bagi tapak penyimpanan itu;

(g)

jumlah kuantiti karbon dioksida yang dianggarkan yang boleh disimpan di tapak penyimpanan itu;

(h)

komposisi arus karbon dioksida yang hendaklah mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan di bawah seksyen 28 Akta;

(i)

cadangan rancangan suntikan yang hendaklah termasuk maklumat mengenai kadar dan tekanan suntikan, ciri-ciri bahan lain yang bercampur dengan arus karbon dioksida dan keserasian arus karbon dioksida dengan kimia dan mineralogi bentukan geologi kompleks penyimpanan;

(j)

cadangan rancangan bagi pembangunan tapak penyimpanan;

(k)

suatu perihalan langkah-langkah untuk mencegah kebocoran, pemindahan yang tidak disengajakan atau ketidakteraturan lain di tapak penyimpanan itu;

P.U. (A) 346 15

(l)

cadangan rancangan pemantauan berhubung dengan kompleks penyimpanan dan persekitaran sekitarnya;

(m)

cadangan rancangan langkah pembetulan dan tatacara kontigensi yang akan dilaksanakan sekiranya berlaku apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan;

(n)

cadangan rancangan bagi penutupan tapak penyimpanan;

(o)

cadangan rancangan bagi pasca-penutupan sementara tapak penyimpanan;

(p)

laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 20 berhubung dengan kesan aktiviti yang akan dijalankan di bawah lesen penyimpanan luar pesisir terhadap kesihatan dan keselamatan manusia, alam sekitar dan perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi;

(q)

cadangan rancangan gerak balas kecemasan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 22 bagi apa-apa kecemasan yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan manusia, alam sekitar dan perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi;

(r)

laporan mengenai pencirian kawasan marin dari terminal tempat karbon dioksida dikumpulkan ke tapak penyimpanan;

(s)

cadangan rancangan bagi pengendalian tapak penyimpanan termasuklah cara pengendalian, penyenggaraan dan rancangan keselamatan penutupan;

(t)

bukti bahawa jaminan kewangan yang dikehendaki di bawah peraturan 14

adalah sah dan berkuat kuasa sebelum permulaan suntikan karbon dioksida ke dalam kompleks penyimpanan; dan

(u)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Agensi, secara

P.U. (A) 346 16

bertulis, atau menurut mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh

Menteri di bawah seksyen 53 Akta.

Pemberian atau penolakan lesen penyimpanan luar pesisir

Section 15 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025