Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 19

Pengendali luar pesisir hendaklah mematuhi—

Lesen penyimpanan luar pesisir hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

nama dan butiran pengendali luar pesisir;

(b)

lokasi dan persempadanan tepat bagi tapak penyimpanan dan kompleks penyimpanan, dan apa-apa maklumat berkenaan dengan unit hidraulik;

(c)

kehendak bagi pengendalian tapak penyimpanan, jumlah kuantiti karbon dioksida yang dibenarkan untuk disimpan secara geologi, had tekanan kompleks penyimpanan, dan kadar dan tekanan suntikan maksimum;

(d)

kehendak bagi komposisi arus karbon dioksida, yang hendaklah mematuhi kriteria penerimaan arus karbon dioksida yang dinyatakan di bawah seksyen 28 Akta, dan, jika perlu, kehendak tambahan bagi suntikan dan

P.U. (A) 346 18

penyimpanan terutamanya untuk mencegah apa-apa ketidakteraturan yang signifikan;

(e)

rancangan yang diluluskan bagi pembangunan tapak penyimpanan yang disebut dalam perenggan 15(j);

(f)

rancangan pemantauan yang diluluskan, obligasi untuk melaksanakan rancangan itu dan kehendak untuk mengemas kini rancangan itu menurut peraturan 34 serta kehendak pelaporan menurut peraturan 35;

(g)

kehendak untuk memberitahu Agensi sekiranya berlaku apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan, rancangan langkah pembetulan yang diluluskan dan obligasi untuk melaksanakan rancangan langkah pembetulan itu sekiranya berlaku ketirisan atau ketidakteraturan yang signifikan menurut peraturan 37;

(h)

rancangan penutupan tapak penyimpanan yang diluluskan yang disebut dalam perenggan 15(n);

(i)

syarat untuk mengesahkan permintaan oleh pengendali luar pesisir bagi penutupan tapak penyimpanan dan rancangan bagi tempoh pasca-penutupan sementara tapak penyimpanan yang diluluskan yang disebut dalam perenggan 15(o);

(j)

laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko yang diluluskan yang disebut dalam perenggan 15(p);

(k)

rancangan gerak balas kecemasan yang disebut dalam perenggan 15(q);

(l)

rancangan pengendalian tapak penyimpanan yang diluluskan termasuklah cara pengendalian, penyenggaraan dan rancangan keselamatan penutupan yang disebut dalam perenggan 15(s);

P.U. (A) 346 19

(m)

kehendak untuk mewujudkan dan mengekalkan jaminan kewangan menurut peraturan 14; dan

(n)

apa-apa syarat yang berhubungan dengan apa-apa perubahan pemegangan saham, pemilikan atau pengurusan pengendali luar pesisir.

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025