Malaysia legislation

Section 30

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 30

Agensi boleh membatalkan lesen penyimpanan luar pesisir jika—

(a)

menutup tapak penyimpanan itu; atau

(b)

menimbangkan apa-apa permohonan bagi permit penilaian luar pesisir yang baharu dan lesen penyimpanan luar pesisir yang baharu berkenaan dengan tapak penyimpanan itu.

P.U. (A) 346 27

(2)

Sehingga tapak penyimpanan itu ditutup, atau permit penilaian luar pesisir yang baharu dan lesen penyimpanan luar pesisir yang baharu diberikan, Agensi boleh melantik pengendali sementara luar pesisir bagi tapak penyimpanan itu.

(3)

Agensi hendaklah mendapatkan semula daripada pengendali luar pesisir sebelumnya kos yang ditanggung semasa tempoh sementara di bawah subperaturan (2), termasuk dengan menggunakan jaminan kewangan yang diberikan pengendali luar pesisir sebelumnya menurut peraturan 32.

(4)

Bagi maksud peraturan ini, “pengendali luar pesisir sebelumnya” ertinya pengendali luar pesisir yang lesen penyimpanan luar pesisirnya yang telah dibatalkan di bawah peraturan 29 dan yang kekal bertanggungjawab terhadap kos yang ditanggung oleh Agensi bagi melantik pengendali luar pesisir sementara.

Pengubahsuaian di bawah Bahagian VI

Section 30 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025