Malaysia legislation

Section 43

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 43

(2)

Laporan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah menunjukkan—

P.U. (A) 346 38

(a)

keakuran tindak balas sebenar karbon dioksida yang disuntik masuk dengan tindak balas model;

(b)

ketiadaan apa-apa kebocoran melebihi suatu ambang yang boleh diterima mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat; dan

(c)

bahawa tapak penyimpanan sedang berkembang ke arah situasi kestabilan jangka panjang.

(3)

Jika syarat yang dinyatakan dalam perenggan 42(a) hingga (f) telah dipatuhi tetapi laporan mengikut subperaturan (1) dan (2) belum dikemukakan, Agensi hendaklah meminta pengendali luar pesisir untuk menyediakan dan mengemukakan laporan itu.

(4)

Jika Agensi berpuas hati bahawa syarat yang disebut dalam perenggan 42(a)

hingga (f) dipatuhi, Agensi hendaklah menerima pakai keputusan muktamad itu dan mengeluarkan sijil yang mendokumenkan pemindahan obligasi kepada Kerajaan menurut seksyen 32 Akta.

Pelanjutan tempoh minimum

Section 43 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025