Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 4

(1)

Fungsi entiti teknikal kompeten bagi penyimpanan luar pesisir adalah—

(a)

untuk menasihati Agensi berkaitan dengan perkara teknikal dan pengendalian berhubung dengan pemberian dan pentadbiran permit penilaian luar pesisir dan lesen penyimpanan luar pesisir;

(b)

untuk menasihati Agensi mengenai kesesuaian dan kebolehterimaan mana-mana—

(i)

pemohon bagi permit penilaian luar pesisir atau lesen penyimpanan luar pesisir; dan

(ii)

cadangan rancangan, kaedah atau teknik yang dicadangkan yang dikemukakan kepada Agensi oleh pemegang permit penilaian luar pesisir atau pengendali luar pesisir, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa rancangan pemantauan, rancangan langkah pembetulan, rancangan penutupan tapak penyimpanan,

P.U. (A) 346 7

rancangan pasca-penutupan tapak penyimpanan dan rancangan yang berhubung dengan kesihatan dan keselamatan manusia dan alam sekitar;

(c)

untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan dan penyiasatan ke atas tapak penyimpanan atau mana-mana tapak lain yang berkaitan dengan suatu projek sebagaimana yang diarahkan oleh Agensi;

(d)

untuk menasihati Agensi mengenai pengeluaran apa-apa garis panduan berhubung dengan apa-apa amalan, kaedah dan standard yang perlu dipatuhi apabila menjalankan penilaian geologi luar pesisir dan penyimpanan luar pesisir;

(e)

untuk menasihati Agensi mengenai pengeluaran apa-apa garis panduan mengenai apa-apa perkara berhubung dengan permohonan bagi permit penilaian luar pesisir atau lesen penyimpanan luar pesisir;

(f)

untuk menasihati Agensi mengenai penentuan kadar levi suntikan yang disebut dalam subseksyen 30(1) Akta dan kekerapan bayaran levi suntikan ke dalam Kumpulan Wang;

(g)

untuk menasihati

Agensi mengenai pengumpul semakan, penganalisisan dan penerbitan apa-apa maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau yang berkaitan dengan pembangunan industri penyimpanan luar pesisir; dan

(h)

untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya di bawah

Peraturan-Peraturan ini.

P.U. (A) 346 8

(2)

Bagi maksud peraturan ini, “entiti teknikal kompeten bagi penyimpanan luar pesisir” ertinya entiti teknikal kompeten bagi penyimpanan karbon dioksida di kawasan luar pesisir yang dilantik menurut perenggan 14(1)(d) Akta.

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025