Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 9

(1)

Pemegang permit penilaian luar pesisir hendaklah mematuhi—

(a)

apa-apa syarat yang dinyatakan dalam permit; dan

(b)

apa-apa syarat tambahan permit penilaian luar pesisir sebagaimana yang dikenakan oleh Agensi menurut subseksyen 25(2) Akta.

P.U. (A) 346 10

(2)

Pengeluaran permit penilaian luar pesisir tidak menghalang pemegang permit penilaian luar pesisir itu daripada mematuhi peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau kehendak untuk memperoleh apa-apa kelulusan atau lesen lain yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Pelanjutan permit penilaian luar pesisir

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025