Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PAMERAN) 2013
Seksyen 11
Eutanasia
(1)
Eutanasia ke atas mana-mana hidupan liar yang berada di bawah kawalan atau milikan pengendali pameran hanya boleh dilakukan oleh doktor veterinar atau mana-mana orang lain di bawah seliaan doktor veterinar itu.
P.U. (A) 138 7
(2)
Eutanasia ke atas mana-mana hidupan liar boleh dilakukan jika doktor veterinar itu mendapati bahawa, selepas pemeriksaan—
(a)
hidupan liar itu mengalami kecederaan dan doktor veterinar itu fikirkan patut untuk menamatkan hayat hidupan liar itu;
(b)
hidupan liar itu menghidapi penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan doktor veterinar itu fikirkan patut untuk menamatkan hayat hidupan liar itu; atau
(c)
doktor veterinar itu berpendapat bahawa hayat hidupan liar itu patut ditamatkan atas apa-apa alasan lain.
Larangan mengadakan pertunjukan hidupan liar di pameran hidupan liar