Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PAMERAN) 2013
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“doktor veterinar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Doktor
Veterinar 1974 [Akta 147];
“pameran” ertinya suatu aktiviti pameran bergerak atau pameran tetap yang melibatkan hidupan liar;
“pameran bergerak” ertinya suatu aktiviti mempamerkan secara sementara hidupan liar di mana-mana premis dan dibuka kepada umum;
“pameran tetap” ertinya suatu aktiviti mempamerkan secara tetap hidupan liar di mana-mana premis dan dibuka kepada umum;
“pengendali pameran” ertinya mana-mana orang yang menjalankan aktiviti pameran hidupan liar, sama ada secara bergerak atau tetap.
P.U. (A) 138 3