Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PELUPUSAN) 2013
Seksyen 5
(1)
Sekiranya hidupan liar itu mati disebabkan oleh suatu penyakit yang tidak berjangkit sebagaimana yang disahkan oleh doktor veterinar, ia bolehlah dilupuskan dengan kelulusan pegawai pelesen dengan cara ditanam atau dibakar dalam suatu tempat pembakaran.
(2)
Sekiranya hidupan liar itu mati disebabkan oleh suatu penyakit yang berjangkit sebagaimana yang disahkan oleh doktor veterinar, ia bolehlah dilupuskan dengan kelulusan pegawai pelesen dengan cara dibakar dalam suatu tempat pembakaran atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa veterinar.
(3)
Pemegang suatu lesen, permit atau permit khas hendaklah menanggung sendiri apa-apa kos yang dibelanjakan dalam melupuskan hidupan liar itu.
Melapor kepada pihak berkuasa veterinar