Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Mana-mana warganegara atau orang asing yang memasuki Malaysia dari luar negara hendaklah membayar fi yang dinyatakan dalam ruang (2) atau (3) Jadual, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan jenis ujian pengesanan
COVID-19 yang dinyatakan dalam ruang (1) sebagaimana yang ditentukan di bawah peraturan 4 sebelum mendapatkan pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk.
P.U. (A) 190 3
(2)
Mana-mana warganegara atau orang asing yang berada di Malaysia boleh meminta untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di mana-mana hospital Kerajaan atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai tempat menjalankan ujian pengesanan COVID-19, dan hendaklah membayar fi yang dinyatakan dalam ruang (2) atau (3) Jadual, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan jenis ujian pengesanan COVID-19 yang dinyatakan dalam ruang (1)
sebagaimana yang ditentukan di bawah peraturan