Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Apa-apa pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain boleh dibuat oleh mana-mana orang—
(a)
untuk menjalankan apa-apa kerja ke atas mana-mana infrastruktur yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan perlu yang jika tidak dijalankan akan menjejaskan penyediaan perkhidmatan perlu itu; atau
(b)
untuk menjalankan apa-apa kerja ke atas mana-mana infrastruktur yang jika tidak dijalankan akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan infrastruktur itu.
(2)
Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain untuk menjalankan kerja yang disebut dalam subperaturan (1), dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
P.U. (A) 8 9
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia