Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pengangkutan awam
Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang mengikut arahan Ketua Pengarah yang dikeluarkan di bawah peraturan 14.
P.U. (A) 9 5