Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN) (NO. 3) (PINDAAN) 2021

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan

Pencegahan dan

Pengawalan

Penyakit

Berjangkit

(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan

Pemulihan) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 98/2021], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”

dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 7

peraturan yang berikut:

“Pergerakan bagi maksud melancong 7A.

(1)

Seseorang boleh bergerak bagi maksud aktiviti melancong ke mana-mana tempat di dalam kawasan tempatan jangkitan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah dari semasa ke semasa yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara.

P.U. (A) 101 3

(2)

Bagi Negeri Sabah, seseorang boleh bergerak bagi maksud aktiviti melancong ke mana-mana tempat di dalam zon yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah dari semasa ke semasa yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara.”.

Pindaan Jadual Pertama