Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 2) 2021

Seksyen 5

Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan tempatan jangkitan yang lain—

(a)

untuk membeli makanan, minuman, ubat, penokok diet atau keperluan harian—

(i)

pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika makanan, minuman, ubat, penokok diet atau keperluan harian itu tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan

(ii)

dia boleh disertai oleh seorang anggota keluarga yang tinggal serumah;

(b)

untuk membekalkan atau menghantar makanan, minuman, ubat, penokok diet atau keperluan harian, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(c)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan,

5

ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), imunisasi atau rawatan kecemasan—

(i)

pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, ujian pengesanan

Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), imunisasi atau rawatan kecemasan itu tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan

(ii)

dia boleh disertai oleh tidak lebih daripada dua orang lain;

(d)

untuk membeli apa-apa barang atau memperoleh mana-mana perkhidmatan perlu selain yang disebut dalam perenggan 4(2)(a) dan (c), dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(e)

untuk menyediakan mana-mana perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan mana-mana perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(f)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi atau tugas kehakiman, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(g)

untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mana-mana orang yang terjejas kerana apa-apa bencana alam—

(i)

dia hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; dan 6

(ii)

dia boleh disertai oleh mana-mana orang lain tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah; dan

(h)

untuk menghadiri pembelajaran di mana-mana institusi pembelajaran atau untuk melaksanakan apa-apa tugas di mana-mana institusi pembelajaran, orang itu hendaklah memberikan bukti yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

Larangan pergerakan ke tempat yang tertakluk kepada perintah kawalan pergerakan diperketat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 2) 2021