Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia
(1)
Pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki
Malaysia dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia di mana-mana pintu masuk sebelum mendapatkan pelepasan imigresen, atau di mana-mana tempat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
9
(2)
Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
(3)
Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan oleh pegawai diberi kuasa untuk menjalani kuarantin di mana-mana tempat, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa itu.
Kehendak bagi majikan untuk menyebabkan pekerja asingnya menjalani ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)