Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 5) 2020

Seksyen 11

Arahan Ketua Pengarah

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau kumpulan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit termasuk apa-apa arahan kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang melakukan, menganjurkan, mengusahakan, atau yang selainnya terlibat dalam, apa-apa aktiviti selain aktiviti terlarang.

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 5) 2020