Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Kawalan pergerakan di dalam kawasan tempatan jangkitan
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan.
P.U. (A) 147 3
(2)
Tiada seorang pun boleh masuk ke dalam atau keluar dari suatu tempat yang tertakluk kepada suatu perintah kawalan pergerakan diperketat kecuali mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan atau yang diberikan kebenaran oleh pegawai diberi kuasa.
(3)
Bagi maksud subperaturan (2), “perintah kawalan pergerakan diperketat”
merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta.
Kawalan pergerakan di dalam Negeri Sarawak