Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 6) 2020

Seksyen 6

(1)

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali untuk pergi dan balik kerja.

(2)

Jika pasangan suami isteri tinggal di kawasan tempatan jangkitan yang berbeza, salah seorang daripada pasangan itu boleh bergerak, dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan tempat tinggalnya, ke tempat tinggal pasangannya di kawasan tempatan jangkitan yang lain itu.

(3)

Jika kerana sebab khas dan tertentu seseorang perlu bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan tempat tinggalnya.

P.U. (A) 147 4

Larangan berhimpun dan berarak

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 6) 2020