Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 7) 2020

Seksyen 8

Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia

(1)

Mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh

Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki Malaysia dari luar negara hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia sebelum mendapatkan pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan seseorang pegawai diberi kuasa.

(2)

Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa.

P.U. (A) 181 4

Permintaan maklumat