Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 9) 2020

Seksyen 10

(1)

Bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya

Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di tempat kerja, seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan majikan yang mengambil kerja seseorang pekerja asing supaya menyebabkan pekerja asing itu menjalani ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019

(COVID-19), dan majikan itu hendaklah menanggung fi, kos dan caj bagi ujian itu.

(2)

Bagi maksud peraturan ini, “pekerja asing” ertinya pemegang Pas Lawatan

(Kerja

Sementara)

yang dikeluarkan di bawah peraturan 11

Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [F.L.N. 228/1963].

Permintaan maklumat

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 9) 2020