Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan tertakluk kepada apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan
(2)
hendaklah disiarkan dalam laman sesawang
Majlis Keselamatan Negara.
Pengangkutan awam