Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan
Pengawalan
Penyakit
Berjangkit
(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U. (A) 225/2021], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 14 peraturan yang berikut:
“Peruntukan khas berhubung dengan kawalan pergerakan di dalam
Negeri Sarawak 14A.
Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini, bagi tempoh mulai dari 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021, kawalan pergerakan, langkah, dan apa-apa syarat bagi kawalan pergerakan dan langkah itu, bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)
di dalam Negeri Sarawak, hendaklah sebagaimana yang diarahkan oleh
Ketua Pengarah dan arahan itu hendaklah disiarkan dalam laman sesawang
Majlis Keselamatan Negara.”.
P.U. (A) 242 3