Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LAYANAN PERUBATAN DAN PENYARAAN ORANG YANG DIPINDAHKAN KE STESEN KUARANTIN) (NO. 2) (PINDAAN) 2020

Seksyen 3

Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:

“(3) Dalam hal orang yang disebut dalam subperaturan 2(1) ialah seorang warganegara Malaysia yang diarahkan untuk menjalani pemerhatian atau pengawasan telah menjalani ujian pengesanan Penyakit Koronavirus

(COVID-19) dalam tempoh pemerhatian atau pengawasan yang dinyatakan dalam arahan yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa itu tetapi keputusan ujian pengesanan itu tidak diperoleh selepas tamat tempoh pemerhatian atau pengawasan itu dan jika orang itu diarahkan untuk menjalani tempoh pemerhatian atau pengawasan lanjut di stesen kuarantin, orang itu tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin itu bagi tempoh pemerhatian atau pengawasan yang dilanjutkan itu sehingga keputusan ujian pengesanan itu diperoleh.”.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LAYANAN PERUBATAN DAN PENYARAAN ORANG YANG DIPINDAHKAN KE STESEN KUARANTIN) (NO. 2) (PINDAAN) 2020