Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014

Seksyen 11

(1)

Apabila mana-mana orang tahanan membuat representasi di bawah

Peraturan-Peraturan ini kepada Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih panjang yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah peraturan ini,

Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan Lembaga apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut berkenaan dengan perintah yang dibuat oleh Lembaga dan setiap keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai penjawat awam

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) 2014