Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) (PINDAAN) 2015

Seksyen 3

Peraturan 5 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (4), dengan memotong perkataan “atau Timbalan

Pendakwa Raya”; dan

(b)

dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 205 3

“(5)

Lembaga Penasihat boleh—

(a)

jika orang tahanan atau peguam belanya hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran representasi, meneruskan untuk menimbangkan dan memutuskan representasi itu selepas mendengar kata-kata yang disampaikan oleh orang tahanan itu atau peguam belanya; atau

(b)

jika orang tahanan atau peguam belanya tidak hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran representasi, meneruskan untuk menimbangkan dan memutuskan representasi itu tanpa kehadiran orang tahanan itu atau peguam belanya.”.

Pindaan peraturan 6

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (TATACARA LEMBAGA PENASIHAT) (PINDAAN) 2015