Malaysia legislation

Section 155

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 155

Pelawat ke tempat tahanan

(2)

Subsection

(a)

seorang Hakim Mahkamah Persekutuan;

(b)

seorang Hakim Mahkamah Rayuan;

(c)

seorang Hakim Mahkamah Tinggi;

P.U. (A) 206 76

(d)

seorang Hakim Mahkamah Sesyen;

(e)

seorang Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat tahanan itu terletak; dan

(f)

mana-mana Hakim Pelawat tempat tahanan itu.

(3)

Penjaga pintu utama hendaklah menyimpan suatu rekod berkenaan dengan semua orang selain pegawai penjara yang memasuki atau yang meninggalkan tempat tahanan itu, dan dia hendaklah menghendaki semua orang itu menuliskan nama mereka dalam suatu buku yang disediakan bagi maksud itu.

(4)

Penjaga pintu utama hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa mana-mana orang yang memasuki dan yang meninggalkan tempat tahanan itu.

(5)

Mana-mana orang yang enggan diperiksa oleh penjaga pintu utama tidak boleh dibenarkan memasuki premis tempat tahanan.

(6)

Penjaga pintu utama tidak boleh membenarkan mana-mana orang lain selain pegawai penjara memasuki tempat tahanan itu tanpa diiringi oleh pegawai penjara.

(7)

Penjaga pintu utama tidak boleh membenarkan mana-mana orang tahanan keluar dari pintu utama itu tanpa diiringi oleh pegawai penjara atau pihak berkuasa lain yang berkaitan.

(8)

Penjaga pintu utama hendaklah berhati-hati memeriksa perintah bagi penerimaan masuk rakan orang tahanan dengan memeriksa nama dan kad pengenalan mereka dengan nama dalam perintah itu, dan jika dia tidak berpuas hati bahawa perintah itu berhubung dengan orang yang mengemukakan kad pengenalan itu, dia hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada Pegawai yang Menjaga untuk mendapatkan arahannya.

P.U. (A) 206 77

(9)

Penjaga pintu utama hendaklah memastikan nama semua orang yang mungkin bekerja dalam tempat tahanan itu, dan dia hendaklah memberikan amaran kepada mereka bahawa mereka tidak dibenarkan bercakap atau memberikan apa-apa kepada mana-mana orang tahanan tanpa kebenaran sepatutnya.

(10)

Penjaga pintu utama hendaklah berpuas hati bahawa orang yang keluar dari tempat tahanan itu sama dengan orang yang masuk.

(11)

Penjaga pintu utama hendaklah menjaga semua surat, bungkusan atau barang lain yang dikirim bagi mana-mana orang tahanan dan dia hendaklah menyerahkannya kepada Pegawai yang Menjaga.

(12)

Penjaga pintu utama hendaklah memeriksa semua barang yang dibawa ke dalam tempat tahanan, dan hendaklah menahan dan menghalang mana-mana orang yang membawa apa-apa barang yang dilarang ke dalam tempat tahanan itu.

(13)

Penjaga pintu utama tidak boleh membenarkan apa-apa barang dibawa keluar dari tempat tahanan itu tanpa kebenaran Pegawai yang Menjaga atau pengemukaan pas pintu yang telah ditandatangani dengan sewajarnya.

Orang tahanan yang kelihatan uzur

Section 155 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015