Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 16

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (3) dan (5), orang tahanan hendaklah mengunting pendek rambutnya dan memotong rapi janggut, jambang dan misainya.

(2)

Orang tahanan yang tidak mempunyai janggut, jambang dan misai hendaklah bercukur sekerap yang perlu untuk memelihara penampilan yang bersih dan sopan.

(3)

Rambut orang tahanan wanita tidak boleh dipotong semasa diterima masuk atau selepas itu tanpa keizinannya kecuali jika Pegawai Perubatan atau Pegawai yang Menjaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, menganggap bahawa pemotongan itu perlu oleh sebab kesihatan, kebersihan atau keselamatan.

(4)

Mana-mana orang tahanan yang mempunyai tabiat mencukur kepalanya hendaklah dibenarkan mencukur kepalanya.

(5)

Rambut orang tahanan berbangsa Sikh tidak boleh dipotong tanpa perintah secara bertulis daripada Pegawai yang Menjaga, yang perintahnya tidak boleh dibuat kecuali atas alasan keperluan yang diperakui oleh Pegawai Perubatan.

Pemeriksaan perubatan

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015