Malaysia legislation

Section 33

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 33

(1)

Komisioner Jeneral hendaklah, demi kepentingan kelakuan baik dan latihan, mewujudkan di tiap-tiap tempat tahanan apa-apa sistem atau sistem keistimewaan sebagaimana yang sesuai bagi orang tahanan mengikut Peringkat dan program pemulihan.

P.U. (A) 206 25

(2)

Keistimewaan orang tahanan dalam pelbagai Peringkat adalah seperti yang berikut:

(a)

orang tahanan dalam Peringkat Pertama dan Kedua—

(i)

adalah dibenarkan mempunyai buku perpustakaan dan menukarkannya seberapa kerap sebagaimana yang praktik;

dan

(ii)

adalah layak untuk menghadiri apa-apa konsert, syarahan, pameran program audio visual dan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang Pegawai yang Menjaga boleh arahkan;

(b)

Paragraph

(i)

adalah dibenarkan mempunyai buku perpustakaan dan menukarkannya seberapa kerap sebagaimana yang praktik;

dan

(ii)

adalah layak untuk menghadiri apa-apa konsert, syarahan, pameran audio visual dan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang Pegawai yang Menjaga boleh arahkan.

(3)

Perkiraan hendaklah dibuat setakat yang praktik bagi tiap-tiap orang tahanan, melainkan jika dikecualikan oleh Pegawai Perubatan atas alasan perubatan, untuk melakukan senaman dan rekreasi fizikal harian dengan syarat bahawa keselamatan dan tatatertib dikekalkan dengan sewajarnya.

(4)

Orang tahanan dalam semua Peringkat hendaklah layak untuk menerima bahan bacaan yang bersesuaian daripada mana-mana orang, tertakluk kepada kelulusan oleh Komisional Jeneral.

P.U. (A) 206 26

(5)

Orang tahanan dalam semua Peringkat adalah layak menerima apa-apa keistimewaan lain sebagaimana, yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral, dari semasa ke semasa.

Section 33 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015