Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015

Seksyen 3

Prinsip am tempat tahanan, pentadbiran dan pemakaian Peraturan-Peraturan

(1)

Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai, dengan memberikan kelonggaran wajar kepada perbezaan dalam watak dan mengambil kira kepelbagaian jenis orang tahanan, mengikut prinsip yang berikut:

(a)

tatatertib dan kententeraman hendaklah dikekalkan dengan adil tetapi tegas dan dengan tidak mengenakan sekatan yang melebihi daripada yang dikehendaki bagi jagaan selamat dan untuk memastikan kehidupan bermasyarakat yang teratur;

(b)

pegawai penjara hendaklah berusaha untuk mempengaruhi orang tahanan itu melalui contoh teladan dan kepimpinan sendiri, dan untuk mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada orang tahanan;

(c)

pada setiap masa layanan terhadap orang tahanan itu hendaklah sedemikian untuk menggalakkan mereka menghormati diri sendiri dan mempunyai perasaan tanggungjawab ke atas diri sendiri, supaya semangat mereka dapat dibina semula, untuk menyemai dalam diri mereka tabiat kewarganegaraan yang baik dan kerja keras, menggalakkan orang tahanan supaya hidup dengan baik dan

P.U. (A) 206 15

berguna setelah dibebaskan dan menyesuaikan mereka untuk berbuat demikian; dan

(d)

menyediakan aktiviti yang berguna termasuk pendidikan, bimbingan dan latihan bagi memulihkan orang tahanan.

(2)

Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap orang tahanan.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015